Friday, June 5, 2020

Musibah dan peluang

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua pembaca. Tergerak di hati untuk berkongsi sesuatu yang sangat berharga dan bernilai yang berlaku dalam kehidupan saya. Mungkin boleh dijadikan panduan juga buat anda.

Kadang-kadang berlaku sesuatu musibah dalam kehidupan rupanya Allah nak memberi sesuatu yang lebih baik. Cuma kita sebagai manusia dan juga hambaNya selalu memandang musibah sebagai sesuatu yang buruk, negatif dan kita rasa tak mampu nak menghadapinya.

Musibah covid-19 yang melanda dunia dan Malaysia khasnya menyebabkan kita terkurung di dalam rumah tidak boleh ke mana-mana bermula pada bulan 18 Mac 2020. Tarikh keramat yang akan diingat sampai bila-bila.

Kalau dijumpai merayau-rayau dengan alasan jemu duduk di dalam rumah atau curi-curi keluar, banyak pihak berminat dengan kehadiran kita. Tak payah tipulah memang bosan dan jemu duduk di dalam rumah. Tv dah tengok, whatsapp pun dah tak larat nak baca. Fb pun dah berapa kali update. Instagram pun dah nak meloya scroll. Tidur dan makan dah berapa kali ulang. Ke sana ke sini dalam rumah. Tempat persinggahan dapur terutamanya. Order makan pun semua online. Asyik menambah kg sahaja. Kalau guna footstep tracker tu tak sampai 200 kita melangkah di dalam rumah. 

Kita nak keluar dari kepompong. Tapi apakan daya. Di luar sana ramai peminat yang nak bawa kita naik trak ke balai atau paling kurang ambil duit kita dengan helaian kertas putih.

Ketika duduk dan bertapa di dalam rumah, otak pun dah jadi tepu, tak tahu nak buat apa. Anak-anak tak sekolah, kita pulak tak boleh nak kerja.

Masa ni saya isi dengan mendengar ceramah ustaz-ustaz yang tak sempat saya dengar pada hari biasa. Tertarik hati bila dengar ceramah dari salah seorang ustaz dari Indonesia tentang cerita akhir zaman. Di samping persediaan iman dan taqwa di akhir zaman perlu juga persediaan dari segi material. Mati itu pasti. Tapi kita perlu juga sediakan bekalan untuk survive menghadapi zaman-zaman sulit atau gawat.

Antara yang sangat menarik hati ialah dia menyarankan agar kita sebagai umat Islam perlu menyediakan diri dengan membuat simpanan emas. Mulakan dengan menyimpan emas sedikit demi sedikit. Akan sampai keadaan di mana wang kertas tiada nilai hanya menjadi helaian kertas biasa sahaja. Adakah perkara yang beliau cakapkan itu belum pernah berlaku? Dah banyak kali berlaku dalam sejarah dunia.

Semasa zaman kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1998, nilai matawang jatuh merudum.


No comments:

Post a Comment